Seorang lelaki yang dilaporkan hilang kerana cuba meredah arus banjir, berhampiran Kampung Cempaka pada semalam sudah ditemui pada jam 7.15 pagi tadi.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang, mangsa Mohd Helmi Nazlan, 34 tahun telah ditemukan lebih kurang 5 Kilometer dari tempat kejadian. 

Pada hari kejadian, mangsa bersama seorang  rakan telah terkandas dan dihanyut oleh arus deras semasa cuba mengharungi banjir bersama kereta Proton Exora dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Pahang.
 
Jenazah mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis dan dihantar ke hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan lanjut.
 
Operasi yang diketuai oleh Ketua Balai Timbalan Penguasa Bomba Kamerul Bieza Mohd Kasim tamat pada 7.31 pagi. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini