Indonesia mengecam kenyataan kontroversi dua ahli politik India yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW. Kementerian Hal Ehwal Luar Indonesia turut memanggil Duta India di Jakarta dan menyerahkan surat bantahan berhubung perkara itu.

Indonesia bersama-sama Qatar, Kuwait, Iran, Arab Saudi dan negara Islam lain mengutuk kenyataan ahli politik daripada parti pemerintah India yang didakwa menghina Islam.

Parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP), menggantung jurucakap, Nupur Sharma yang didakwa membuat kenyataan menghina dalam debat televisyen, dan Naveen Jindal atas komennya dalam media sosial.

Menurut kenyataan parti itu – BJP mengecam sekeras-kerasnya penghinaan terhadap mana-mana agama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini