Susulan kenyataan menghina Nabi Muhammad oleh ahli politik India.

Ribuan rakyat Pakistan turun ke jalan-jalan utama sekitar ibu kota Karachi bagi mengadakan protes membantah tindakan yang mencetuskan kemarahan banyak negara Islam itu.

Penunjuk perasaan bertindak membakar patung menggambarkan pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP), Nupur Sharma bersama beberapa pemimpin lain yang membuat kenyataan tersebut.

Protes yang turut disertai parti politik Tehreek Labbaik Pakistan itu berarak di beberapa laluan utama sambil melaungkan gesaan menuntut pengusiran Pesuruhjaya Tinggi India dan desakan memboikot produk keluaran negara itu.

Protes sama turut merebak di Lahore dan Peshawar.

Jurucakap Kementerian Luar Pakistan berkata, negara itu mengulangi pendiriannya mengecam kenyataan berbaur penghinaan itu.

Perdana Menteri, Shehbaz Sharif dan Menteri Luar, Bilawal Bhutto Zardari turut mengutuk tindakan dua pemimpin parti BJP itu.

Perdana Menteri India, Narendra Modi kini berdepan dengan protes hebat umat Islam di seluruh dunia mengenai kenyataan yang dibuat oleh dua pegawai kanan parti pemerintah itu.

Sementara itu, polis di New Delhi telah memfailkan aduan terhadap Sharma dan yang lain kerana menghasut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini