Susulan penularan video sekumpulan lelaki menyokong tindakan menghina Nabi Muhamad S.A.W di India.

Pihak polis mengesahkan menerima laporan dan sedang melakukan siasatan terhadap rakaman video tersebut yang kini tular di pelbagai aplikasi media sosial.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, siasatan dijalankan oleh unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/ Undang-Undang (D5) mengikut seksyen 505(b) kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998.

Pihaknya turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekluasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Sebelun ini, tular rakaman video menerusi aplikasi tiktok yang memaparkan sekumpulan lelaki yang dipercayai warga asing berkumpul di hadapan kuil Batu Caves bagi menyatakan sokongan mereka terhadap tindakan seorang ahli politik di India yang menghina Nabi Muhamad S.A.W.

Video berdurasi 1 minit 18 saat itu telah mendapat ribuan tontonan dan dikesan turut tular di media sosial lain seperti facebook dan whatsapp.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini