Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghadiri Program Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari pertama pentadbiran pertahanan peringkat Kementerian Pertahanan di Kem Perdana Sungai Besi.

Program tersebut merupakan sambutan pencapaian 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia di peringkat Kementerian Pertahanan.

Antara pengisian program ialah Perbarisan Tempur melibatkan 8 Detasmen daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kekuatan perbarisan terdiri daripada 47 pegawai dan 968 anggota lain-lain pangkat ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini