Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kini sedang dalam rangka lawatan kerja ke Phnom Penh, Kemboja untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-16.

Mesyuarat sehari pada Rabu itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kemboja, Samdech Pichey Sena Tea Banh selaku Pengerusi ADMM 2022.

Kementerian Pertahanan memaklumkan, ia merupakan satu platform yang signifikan untuk Menteri-menteri Pertahanan ASEAN mengukuhkan lagi semangat kebersamaan ASEAN khususnya dalam konteks kerjasama pertahanan serantau.

Datuk Seri Hishammuddin bersama Menteri-menteri Pertahanan ASEAN juga dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen selepas kedua-dua mesyuarat selesai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini