Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kini menjalani isolasi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan bagi rawatan dan pemantauan selepas disahkan positif COVID-19, semalam.

Pejabat Menteri Kanan Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan, walaupun Datuk Seri Hishammuddin mengalami gejala akibat jangkitan itu, kesihatannya berada dalam keadaan yang baik.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhannya.

Datuk Seri Hishammuddin juga akan terus memantau dan menjalankan tugas yang sesuai sepanjang tempoh itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini