Kejohanan Renang Terbuka Malaysia. Atlet Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Khiew Hoe Yean melepasi had kelayakan kategori ‘A’ Sukan SEA Vietnam secara merit selepas mengungguli acara 400 meter gaya bebas.

Lebih membanggakan beliau turut membantu pasukannya meraih emas menerusi acara 4 x 100 meter Lelaki Medley berganti-ganti.

Hoe Yean yang sebelum ini telah pun layak bagi dua acara iaitu 200 meter kuak lentang dan 1500 meter gaya bebas dicabar oleh perenang berpengalaman dari Sarawak Welson Sim. Dia bagaimanapun meraih emas menerusi cacatan 3 minit 50.56 saat diikuti Welson 3 minit 57.88 saat dan ketiga, Jayden Tan juga dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selain itu, Hoe Yean juga turut memenangi satu lagi pingat emas menerusi acara 4 x 100 Lelaki berganti-ganti. Gandingannya bersama Khiew Tze Yean, Jayden Tan dan Yap Min Shun berjaya menewaskan Persatuan Renang Amatur Sarawak dengan catatan 3 minit 52.86 saat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini