Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita 2022.

Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan menamatkan kempen di tempat kelima keseluruhan, selepas menewaskan Thailand, 3-0.

Aksi penentuan tempat kelima dan keenam itu turut menyaksikan Kapten Pasukan, Juliani Mohamad Din diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan.

Gol pasukan negara masing-masing dijaringkan Nur Afiqah Syahzani Azhar, Juliani Mohamad Din dan Raja Norsharina Raja Shabuddin.

Pengarah Teknikal Pembangunan dan Skuad Projek Khas Konfederasi Hoki Malaysia, Paul Revington tetap berpuas hati dengan prestasi Keseluruhan skuad meskipun sekadar berada di tempat kelima.

Pencapaian skuad wanita negara itu juga menyamai rekod dicipta semasa edisi 2017 di Kakami-gahara, Jepun.

Skuad negara berjaya mencatat tiga kemenangan daripada lima perlawanan termasuk kemenangan 3-0 menentang Indonesia, dan 2-0 menentang Singapura. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini