Perkembangan aksi hoki Piala Asia Wanita di Muscat, Oman. Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan memulakan aksi Kumpulan A dengan keputusan yang memilukan. Skuad wanita negara tewas dengan jumlah jaringan besar 0-9 menentang India.

Menurut Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal, kekalahan tersebut sudah dijangka kerana lebih 70 peratus pemain yang diturunkan adalah ‘muka baharu’ bagi memberi pendedahan kepada mereka.

Dalam masa sama, India selaku pasukan ranking pertama Asia bukan tandingan skuad wanita negara yang kurang pengalaman beraksi di pentas antarabangsa.

Esok Malaysia dijadual menentang Singapura sebelum melengkapkan saingan kumpulan menentang Jepun pada 24 Januari dalam usaha memburu dua kedudukan teratas untuk mara ke peringkat separuh akhir kejohanan itu yang juga merupakan kelayakan Piala Dunia Wanita 2022.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini