Hoki Piala Dunia Remaja.

Skuad negara hampir pasti layak ke peringkat suku akhir jika berjaya menewaskan Belgium pada aksi kedua Kumpulan A  di Stadium Kalinga di Bhubaneswar, India malam ini.

Bagaimanapun, tugas sukar menanti skuad projek khas lelaki kebangsaan kerana pasukan lawan telah membuktikan status mereka sebagai naib juara edisi 2016 dengan kemenangan 5-1 ke atas Afrika Selatan.

Namun pengurus pasukan, I. Vikneswaran percaya barisan pemainnya berpeluang mencipta kejutan ke atas Belgium,

Ini selepas mereka turut membuka langkah kanan dengan menewaskan Chile 2-1 pada aksi pertama kelmarin.

Malaysia berjaya meraih tiga mata berharga menerusi dua gol daripada Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin dan Syarman Mat Tee.

Malaysia pernah menewaskan Belgium 4-2 pada saingan PIala Dunia Remaja edisi 2005, namun tewas dalam dua pertemuan selepas itu pada 2009 dan 2016.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini