Juara bertahan Perak dan semi-finalist tahun lalu, Pahang mara ke final kategori lelaki apabila mengatasi lawan masing-masing malam tadi.

Perak yang menumpaskan Terengganu untuk menjuarai kejohanan tahun lepas, sekali lagi lagi menghampakan skuad Pantai Timur itu apabila menang 2-0.

Gol-gol Perak dijaringkan Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin dan Arif Sabron, masing-masing minit ke-7 dan 46. Dalam pada itu, Pahang berjaya mempamerkan kebangkitan menakjubkan untuk mengikat Melaka 2-2 sebelum memenangi penentuan shoot-out.

Skuad kendalian Mohd Sufian itu dipaksa bekerja keras selepas ketinggalan kepada Melaka hasil jaringan Amirullah Zainol dan Mohamad Faid Farhadh.

Kebangkitan Pahang bermula dibabak kedua hasil dua gol pantas berselang seminit menerusi Tengku Nasrul Ikmal dan Muhammad Idris Samad. Dengan keputusan 2-2, perlawanan ditentukan menerusi penalti shootout yang berpihak kepada Pahang 4-3.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini