Hoki Piala Tun Razak 2021 Lelaki.

Pahang bangkit daripada ketinggalan dua gol awal untuk menang tipis mengatasi naib juara edisi lalu, Terengganu dengan keputusan 3-2.

Keputusan itu sekali gus membolehkan Pahang menempah slot ke saingan separuh akhir menentang Melaka, malam ini.

Dalam perlawanan tersebut, aksi longlai Pahang pada awal permainan memakan diri selepas pasukan itu dibolosi dua gol pada minit ke-11 dan ke-12 hasil jaringan sudut penalti Mohd Fitri Saari dan gol padang Tuan Muhammad Afiq Tuan Ghani.

Tersentak dengan jaringan itu, Pahang cuba memperbaiki rentak permainan dan hasilnya Muhammad Idris Samad berjaya merapatkan jurang gol melalui pukulan sudut penalti seminit kemudian.

Pada minit ke-30 Pahang berjaya menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Hafiz Mohd Zauri.

Muhammad Idris Samad melengkapkan malam cemerlang Pahang melalui jaringan kemenangan, juga melalui pukulan sudut penalti pada minit-48.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini