Sebuah klinik di Hong Kong, gulung tikar seminggu selepas beberapa pelanggan menuntut pampasan ke atas vaksin yang didakwa tidak didaftarkan. Pelanggan yang marah menunggu di luar klinik yang diuruskan oleh AMH Medical Diagnostic pagi semalam. Pihak pengurusan klinik bagaimanapun menafikan dakwaan menyediakan vaksin bagi Human Papiloma Virus (HPV) Bagaimanapun,pihak pengurusan klinik menegaskan vaksin tersebut adalah tulen dan sah. Pihak pengurusan klinik juga mengesahkan sedang berusaha menyiapkan pampasan kira-kira 10 juta dollar kepada 2 ribu pesakit yang mengikuti program pemvaksinan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini