Upacara Hormat diraja mendahului aturcara istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.Upacara membabitkan Anggota Angkatan Tentera Malaysia itu adalah simbolik kepada taat setia pasukan pertahanan negara kepada Yang Dipertuan Agong.Acara bemula dengan keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong,Tunku Hajah Aminah Azizah Maimunah Iskandariah,kemudiannya diiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad,Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa ke Peterana DiRaja.Yang di-Pertuan Agong diberi Hormat Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama yang dibarisi 107 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).Serentak itu, lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat RAMD dan Panji Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikibarkan.Sultan Abdullah kemudiannya berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain pangkatSelesai pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama, Yang di-Pertuan Agong sekali lagi menerima Hormat Diraja dan lagu Negaraku berkumandang.Seri Paduka berdua kemudiannya diiringi dif-dif kehormat berangkat meninggalkan Peterana Diraja ke Dewan Sri Maharaja bagi meneruskan atur cara Istiadat Pertabalan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini