Malaysia memohon budi bicara lembaga pengampunan Singapura untuk memberikan Pengampunan Presiden kepada Nagaenthran Dhamalingam, tahanan warganegara Malaysia yang dikenakan hukuman mati di negara itu.

Datuk Saifuddin menjelaskan, Malaysia menghormati proses udang-undang Singapura dan masih menunggu keputusan pihak berkuasa negara itu.

KLN  telah mengutus surat kepada Menteri Luar Singapura untuk memohon budi bicara pihak lembaga pengampunan singapura dari segi belas kasihan. 

Nagaenthran ditahan pada 2009 ketika berusia 21 tahun semasa cuba merentas ke Singapura dari Malaysia bersama 42 gram heroin.
 
Gabungan Anti-Hukuman Mati (ADPAN) sebelum ini, berpendapat tertuduh hanya menjadi mangsa sindiket sebagai keldai dadah. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini