Bagi Mengelakkan pembaziran makanan dianggarkan kira-kira 20 ribu tan metrik. pengusaha hotel disaran menyertai program food bank khususnya ketika ramadan. Ini memandangkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sentiasa membuka ruang kepada semua pihak dalam menjayakan program kebajikan ini. Menteri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui menerusi program berkenaan, secara tidak langsung membolehkan lebih banyak sumbangan diperoleh untuk diberikan kepada golongan memerlukan. Ketika ini terdapat 10 hotel terlibat dengan Program Food Bank, antaranya di Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini