Syarikat milik keluarga Donald Trump dilaporkan mencapai persetujuan, menjual hak ke atas Trump International Hotel di Washington DC. Ia bakal dijual dengan harga AS$375 juta dan akan dijenamakan semula sebagai Waldorf Astoria.

Sebuah firma pelaburan yang berpangkalan di Miami, CGI Merchant Group, kini dalam proses untuk memperoleh pajakan hotel tersebut. Pembeli bercadang membuang nama Trump dan mencapai perjanjian dengan Hilton Worldwide Holdings Inc untuk menukar hartanah itu kepada Waldorf Astoria yang diuruskan oleh Hilton.

Wall Street Journal melaporkan perjanjian itu Ahad lalu. Hotel tersebut menjadi aset berharga untuk organisasi Trump, dan Trump menolak untuk menjualnya ketika beliau dipilih sebagai presiden. Beberapa kontroversi juga dikaitkan dengan hotel berkenaan termasuk kehilangan lebih AS$70 juta ketika Trump berada di White House.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini