Sejumlah RM10.95 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi penubuhan Hub Penyelidikan Perhutanan Sarawak di Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu. Pelaksanaan kerjasama itu akan dibahagikan kepada 3 fasa.

Fasa pertama penyelidikan membabitkan peruntukan 4.15 juta manakala fasa kedua dan ketiga RM6.8 juta. Tan Sri Abang Johari merasmikan Persidangan Antarabangsa Pengurusan Sumber Hutan 2021 yang bertemakan “Menyatukan Ilmu Untuk Penambahbaikan “ di Bintulu.

Kerajaan Negeri mengalu-alukan perkongsian dan kerjasama daripada institusi penyelidikan , organisasi dan agensi lain yang berminat berkerjasama menyokong misi , melindungi dan memelihara hutan di Sarawak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini