Kuala Lumpur-Tokyo Sepakat Makmur Hubungan, Fokus Kerjasama Komprehensif 

Kemuncak lawatan kerja rasmi Perdana Menteri ke Jepun, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan bilateral bersama Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, lewat petang tadi waktu tempatan.

Pertemuan pertama kedua-duanya berlangsung mesra kira-kira setengah jam di Pejabat Perdana Menteri Jepun di Tokyo.

Perdana Menteri dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas hubungan diplomatik 65 tahun yang berjaya serta sokongan Jepun sepanjang Dasar Pandang Ke Timur yang berlangsung selama 40 tahun yang lalu.

Malaysia berharap hubungan berkenaan dapat dimakmurkan lagi dengan peningkatan kerjasama strategik kepada kerjasama komprehensif.

Ia pertemuan pertama Datuk Seri Ismail dan Kishida semenjak kedua-duanya menjawat jawatan Perdana Menteri.

Pertemuan turut disertai delegasi Malaysia yang lain termasuk menteri-menteri kabinet.

Kishida dalam ucapannya juga mengalu-alukan kerjasama Malaysia terutama dalam menjayakan bidang-bidang dalam kerjasama Free Open Indo Pacific, FOIP.

Membuktikan keyakinan kedua-dua pihak, kerajaan Malaysia dan Jepun memuktamadkan tiga memorandum kerjasama, MOC dalam tiga sektor utama disaksikan sendiri kedua-dua perdana menteri susulan pertemuan bilateral.

MOC melibatkan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Mengenai Industri Pesawat, diterajui Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa, MITI; Kerjasama Rangka Kerja Asas bagi Maklumat Pengoperasian Sistem Sumber Manusia Asing Berstatus Pekerja Mahir diterajui Kementerian Sumber Manusia dan kerjasama Kementerian Pendidikan, Budaya, Sains dan Teknologi Mengenai Golongan Belia yang diterajui Kementerian Belia dan Sukan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini