Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan peringkat merah atau bahaya di Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan hari ini.

Amaran hujan lebat berterusan peringkat jingga atau buruk pula dikeluarkan untuk beberapa daerah di empat negeri di Semenanjung iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

Amaran hujan berterusan peringkat kuning atau waspada diramalkan akan berlaku di Kelantan dan Terengganu serta dua daerah di Pahang iaitu Bentong dan Temerloh.

Amaran sama juga dikeluarkan untuk daerah Hulu Langat, Selangor; Jelebu, Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan serta Pontian, Kulai dan Johor Bahru, Johor.

Ia turut membabitkan beberapa kawasan di Sabah meliputi Pantai Barat iaitu Tuaran, Ranau dan Kota Belud, Sandakan serta Kudat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini