Di Kota Tinggi, Johor kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan perumahan Taman Bukit Pelali, Pengerang, berikutan hujan berterusan sejak pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, tiada kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda dilaporkan.

Keadaan dilaporkan terkawal dan jalan masuk ke lokasi kejadian sudah ditutup atas faktor keselamatan.

Kawasan itu pernah mengalami kejadian sama Januari tahun lepas, dan kini sedang dalam kerja-kerja pembaikan.

Jarak lokasi kejadian dengan kawasan perumahan kira-kira 500 meter, namun ketika ini hanya 30 peratus rumah dihuni.

Jabatan Kerja Raya dan pemaju sedang menyiasat punca kejadian sebelum meneruskan kerja-kerja pembersihan dan baik pulih.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini