Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan ramalan mengenai amaran hujan berterusan dan angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu ini.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata ia membabitkan Amaran Hujan Berterusan Buruk dan Waspada di 10 kawasan di Sarawak.

Amaran Hujan Berterusan (Buruk) membabitkan 10 kawasan iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau).

Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dijangka berlaku sehingga Sabtu ini membabitkan tiga kawasan iaitu Kapit, Bintulu dan Miri.

Angin bertiup kencang dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini