Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka berlaku di 10 kawasan selama empat hari.

Hujan berterusan itu dijangka bermula dari Selasa sehingga Khamis depan.

Menurut MetMalaysia, hujan berterusan peringkat waspada dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak.

Kawasan yang dijangka terkesan termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit.

Sementara di Bintulu dalam tempoh Selasa, 11 Januari 2022 sehingga Khamis, 13 Januari 2022.

Menurut MetMalaysia amaran hujan berterusan (kategori waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan, ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini