Hujan lebat berterusan di Kanada memaksa ribuan penduduk di British Columbia dipindahkan ke kawasan selamat.

Hujan yang menyebabkan banjir lumpur itu turut menyebabkan berlakunya tanah runtuh, kesesakan lalu lintas dan kemusnahan infrastruktur. Di Abbotsford, penghuni di 100 buah kediaman diarah berpindah ke kawasan lebih tinggi.

Turut terlibat, 7,000 penduduk di bandar Merritt selepas loji rawatan air terjejas dan dua jambatan hanyut dibawa arus deras.

Pakar Meteorologi Kanada, Armel Castellan menjangkakan hujan lebat dan angin kencang akan terus berlaku, terutama di sekitar Vancouver. Keadaan itu cenderung menyebabkan bekalan elektrik terputus secara meluas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini