Susulan daripada situasi hujan lebat malam tadi, beberapa kawasan di sekitar ibu kota telah dinaiki air.

Antara kawasan terlibat dengan banjir kilat Jalan Ampang, Jalan Changkat Thambi Dollah, Jalan Pudu, Jalan Cheras, Jalan Maharajalela dan Jalan Yaakob Latif

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, pihaknya sentiasa bersiap siaga mengawal situasi tersebut serta memastikan segala urusan berjalan lancar. Beberapa masalah kenderaan yang tersangkut di kawasan tersebut juga dapat diatasi. Kesemua jalan yang terlibat telah dibuka seperti biasa pada pagi tadi.         

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini