Jabatan Meteorologi Malaysia – MET Malaysia mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk tahap Jingga dengan jangkaan hujan lebat berterusan di Kelantan dan Terengganu sehingga 4 Disember.

Menerusi satu kenyataan, hujan lebat berterusan di Kelantan dijangka membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Kenyataan sama juga menyebut, amaran hujan berterusan tahap Kuning dikeluarkan untuk kawasan Gua Musang Kelantan, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota tinggi di Johor.

Amaran hujan berterusan bermula 5 Disember hingga 7 Disember juga dikeluarkan untuk kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong di Sarawak. 

MetMalaysia juga mengingatkan angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini