MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan tujuh negeri,hari ini

Hujan berterusan peringkat bahaya dijangka berlaku di Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang.

Amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di seluruh Kelantan dan Terengganu.

Keadaan sama di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Pekan.

Selain itu, amaran hujan berterusan peringkat waspada pula mungkin berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir atau hujan lebat di Sarawak membabitkan Meradong Sarikei, Mukah dan Bukit Mabong Kapit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini