Hujan lebat berterusan yang melanda Perlis sejak awal pagi tadi menyebabkan berlakunya limpahan air bukit dikawasan Pusat rekreasi di Kompleks Eko Pelancongan Gua Kelam dan Taman Eko Rimba Bukit Ayer, Sungai Batu Pahat.

Berikutan kejadian yang berlaku, kedua-dua pusat rekreasi berkenaan ditutup serta merta.

Penutupan  bermula hari ini sehingga diberitahu kelak.

Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Awang Shaffie Awang Ahmadni, penutupan dibuat berikutan keadaan yang amat berbahaya kepada semua pengunjung yang berkunjung ke pusat rekreasi Gua Kelam dan Bukit Ayer terutamanya yang melibatkan aktiviti air.

Orang ramai diharap dapat mematuhi arahan dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini