Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga iaitu hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga esok.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan daerah terlibat ialah Rompin, Pahang dan Mersing, Johor.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap kuning diramal berlaku di Kemaman, Terengganu; Maran, Kuantan, Bera dan Pekan di Pahang; Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan serta Melaka.

Amaran tahap waspada itu turut diberikan kepada beberapa kawasan di Johor iaitu Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Begitu juga di Sabah melibatkan Sandakan, Telupid, Kinabatangan dan Beluran.

NADMA turut menyarankan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah diaktifkan di kawasan berisiko tinggi selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini