Hujan lebat berikutan peralihan monsun merupakan faktor utama kenaikan harga sayur berikutan penurunan pengeluaran di ladang. Tinjauan di Pasar Sena, Perlis mendapati berlaku kenaikan harga melibatkan cili merah, sawi, timun dan kacang panjang.

Namun, ia masih selaras dengan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia yang berkuatkuasa hari ini hingga 31 Disember. Peniaga menjangkakan harga tersebut akan turun berikutan cuaca kembali stabil. Kesan perubahan cuaca turut menjejaskan harga ikan segar, berikutan hasil tangkapan ikan menurun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini