Ribuan penduduk di Kanada terpaksa dipindahkan dan ramai pengguna jalan raya terperangkap dalam insiden tanah runtuh, apabila hujan lebat tanpa henti dilaporkan melanda pantai Pasifik negara tersebut.

Sejak Rabu, banyak insiden tanah runtuh berlaku berhampiran Lillooet dan Haig yang menyebabkan lebih ramai penduduk terkandas.

275 penduduk terperangkap dalam kenderaan di dua kawasan tanah runtuh di Lebuh raya berhampiran bandar Agassiz di wilayah British Columbia.

Di Merritt, kesemua 7,000 penduduknya diarahkan berpindah akibat banjir yang turut menjejaskan loji rawatan air kumbahan. Pasukan penyelamat dikerah menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan.

Rakaman video menunjukkan helikopter tentera mendarat di lebuh raya yang dipenuhi lumpur untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini