Hutan di sembilan daripada 23 wilayah di Argentina terbakar, dengan api di salah satu lokasi dilapor aktif sejak sebulan lalu. Kebakaran terbesar berlaku di Taman Negara Nahuel Huapi menyebabkan suhu di kawasan berkenaan berada sekitar 35 hingga 40 darjah selsius.

Cuaca panas dan angin menyebabkan api cepat merebak.

Pusat kaji cuaca meramalkan hujan tidak cukup untuk memadam api.

Lebih 100 anggota bomba dikerah ke lokasi kebakaran termasuk menggunakan aset udara.

Setakat ini, belum ada kes kecederaan mahupun kematian individu direkodkan.

Tahun lepas, kira-kira 330,000 hektar hutan di Argentina musnah disebabkan kebakaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini