Semakin serius dan kemusnahan semakin nyata….Api semakin marak dalam rekod masa yang pantas di hutan Amazon ketika ini, sementara saintis memberi amaran hal itu akan menjejaskan segala usaha untuk mengatasi masalah perubahan iklim.Data rasmi Institut Kajian Penyelidikan Angkasa Kebangsaan (INPE) menunjukkan hampir 73,000 kes kebakaran direkodkan antara Januari hingga bulan ini, berbanding 39,759 sepanjang tahun lalu.Angka itu adalah yang tertinggi dicatatkan sejak 2013.Sering digelar sebagai paru-paru untuk planet Bumi, hutan Amazon menghasilkan 20 peratus oksigen dalam atmosfera.
Sejak lebih seminggu yang lalu, pelbagai imej dan video ‘mengerikan’ sudah tersebar di laman sosial.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini