Kedah menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan pampasan kepada negeri-negeri yang mengekalkan kawasan hutan simpan sebagai kawasan tadahan hujan. Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata Kedah mengekalkan kawasan hutan simpan bukan semata-mata untuk manfaat kegunaan domestik tetapi juga sebagai suatu pengorbanan kepada seluruh negara.

Ini kerana fungsi kawasan tadahan daripada hutan simpan di  Kedah adalah untuk pengairan kawasan penanaman padi di negeri tersebut selain negeri-negeri yang berjiran iaitu Pulau Pinang dan Perlis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini