Persatuan Luncur Ais Malaysia, I-SAM menyerahkan bantuan makanan dibeberapa kawasan yang terjejas teruk akibat banjir.

Memasuki hari kedua, bantuan berkenaan bukan sahaja diberikan kepada penduduk yang mengalami kesukaran tetapi juga anggota barisan hadapan yang bertugas.

Bantuan makanan bencana banjir berkenaan adalah inisiatif I-SAM menerusi program ISAM.ASSIST yangmenumpukan beberapa kawasan seperti di Klang, Shah Alam, Hulu Langat, Balakong, Puchong dan Dengkil.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bagi acara speed skating, Ariff Rasydan dan Muhammad Ammer Iman antara yang hadir menyampaikan barang bantuan.

Misi bantuan banjir I-SAM ini mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak antaranya Hookup Place, Persatuan Luncur Ais Putrajaya, PISA FMR Freshmart dan banyak lagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini