Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengunjurkan peningkatan perjalanan antarabangsa sejajar pembukaan lebih banyak sempadan negara.

Bagaimanapun, pergerakan penumpang di peringkat domestik dijangka kurang menggalakkan didorong peningkatan sekatan perjalanan di China.

IATA memaklumkan, secara keseluruhan sektor perjalanan udara menunjukkan pemulihan berterusan pada November 2021.

Namun prestasi bulan seterusnya dijangka terkesan, susulan pelaksanaan sekatan pergerakan bagi membendung penularan varian Omicron.

Permintaan perjalanan udara bagi tempoh berkenaan yang diukur menerusi hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) susut 47% berbanding November 2019.

Perjalanan udara domestik pula susut 24.9% selepas mencatat peningkatan selama dua bulan berturut-turut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini