Jemaah haji Malaysia tidak perlu bimbang sekiranya tersasar di sekitar tanah suci atau tidak menjumpai arah.Ini kerana Lembaga Tabung Haji, TH mempunyai unit rondaan yang akan berada di sekitar Masjidil haram.
Pengurus Maktab 47, Roslan Jonet berkata unit tersebut akan membantu sepanjang musim haji kali ini. Unit berkenaan bertindak sebagai pemandu arah jemaah yang memerlukan.