Lubang pemasangan kipas penyebab kepala seorang kanak-kanak perempuan tersangkut pada siling.

Dalam insiden pada Jumaat lalu, kepala kanak-kanak itu diibaratkan ‘kepala hantu’ seperti didalam filem seram.

Difahamkan, dia secara tidak tidak sengaja memasukkan kepala, selepas mendapati wujudnya lubang berkenaan di paras tingkat satu rumahnya.

Menurut media tempatan, pihak bomba yang datang membantu menggunakan pliers membesarkan lubang untuk menggeluarkan kepala mangsa, namun tidak berjaya.

Pihak bomba kemudian menggunakan minyak sayuran sebelum kepala kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini