Pantai indah yang dahulunya menjadi destinasi pilihan pelancong kini ibarat ‘tanah perkuburan’ di bawah air.

Situasi terkini di  bandar peranginan Atafona di Brazil selepas kira-kira 500 kediaman dan resort dilaporkan musnah ditenggelami air laut.

Kejadian itu berlaku disebabkan paras air yang naik secara mendadak dan hakisan pantai yang melampau dan diburukkan lagi dengan perubahan iklim.

Ia juga memaksa penduduk meninggalkan kediaman mereka atas factor keselamatan.

Pembangunan di pantai turut memburukkan lagi keadaan kerana memusnahkan beting pasir dan tumbuh-tumbuhan.

Situasi ini turut mengakibatkan industri perikanan dan pelancongan lumpuh sepenuhnya.

Bandar yang mempunyai populasi kira-kira 6,000 orang itu, kehilangan hampir 5 meter garis pantai setiap tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini