Ibu bapa dan penjaga disaran mematuhi janji temu dos kedua vaksin COVID-19 untuk remaja.

Kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menyebut sejak seminggu lepas, Kementerian Kesihatan, KKM mendapati terdapat remaja yang tidak memenuhi atau menghadiri janji temu dos kedua seperti ditetapkan.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) berkata, mengikut unjuran kadar vaksinasi dos kedua bagi remaja sepatutnya mencapai 80 peratus pada 11 November ini, namun berdasarkan pemantauan unjuran janji temu dos kedua terkini, sasaran berkenaan hanya akan tercapai pada akhir November atau awal Disember ini.

Jelasnya, ibu bapa yang terpaksa menjadualkan semula janji temu dos kedua boleh menghubungi pihak sekolah bagi mendapatkan janji temu baharu.

Ibu bapa yang tidak dapat hadir dimohon mewakilkan seorang individu dewasa bagi mengiringi anak-anak untuk menerima suntikan vaksin itu dengan mengisi Surat Perwakilan Ibu bapa atau Penjaga yang boleh didapati daripada sekolah anak masing-masing.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini