Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil pendekatan progresif dan cermat sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan penerusan kaedah penggiliran di sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, berikutan terdapat penularan COVID-19 termasuk varian Omicron, pihaknya berpandangan kaedah itu perlu diteliti dari semasa ke semasa.

Beliau menegaskan bagi ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak hadir ke sekolah supaya memaklumkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.

Seramai 1.18 juta murid bagi empat negeri dari kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu memulakan sesi persekolah hari ini.

Manakala selebihnya bagi sekolah di negeri Kumpulan B akan mula dibuka esok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini