Semua wanita dan ibu hamil diseru mendapatkan vaksin COVID-19.

Ini termasuk dos penggalak kerana pengambilan vaksin terbukti dapat mengurangkan risiko komplikasi jika dijangkiti wabak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata memandangkan ibu hamil tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk, langkah-langkah pencegahan amat penting bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

Ibu hamil yang masih belum menerima dos penggalak boleh menghubungi klinik kesihatan terdekat atau klinik swasta terpilih bagi mendapatkan janji temu awal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini