Seorang penunggang motosikal wanita maut manakala anak lelakinya cedera selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta yang memasuki laluan bertentangan. Mangsa Nazri Seman, 52, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya, Alif Haiqal Abdullah, 12, yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Percapaian Sekolah Rendah (UPSR) esok cedera ringan.Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Idris Mohamed berkata, sebelum kejadian mangsa yang tinggal di Kampung Gong Bukit Kenak menunggang motosikal Yamaha LC135 dari Jertih menghala ke Bukit Kenak.Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut manakala anaknya dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan.

Category

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini