Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar menyampaikan bantuan 40 kotak makanan asas menerusi Program Pengagihan Bantuan kepada golongan memerlukan.

Ia sebagai salah satu sokongan sosial oleh kerajaan melalui PDRM dalam membantu rakyat.

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Saifudin Aslin Abbas, Program kali ini memberi tumpuan bukan sahaja dikalangan asnaf tetapi turut menyantuni pesakit yang terlantar dan diharap dapat meringankan tanggungan penerima.
 
Lokasi tumpuan ialah Kampung Padang Mawa, Kok Mak, Felda Mata Ayer, Felcra Lubuk Sireh, Kampung Panggas Besar, Kampung Semadong dan Kampung Aman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini