Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) melancarkan siasatan rasmi ke atas jenayah kemanusiaan yang didakwa berlaku di Venezuela di bawah pemerintahan Presiden Nicolas Maduro.

Pembukaan siasatan itu diumumkan ketua pendakwa raya ICC, Karim Khan pada hari terakhir lawatan tiga harinya ke Caracas, semasa beliau dan Maduro menandatangani memorandum persefahaman (MoU).

MoU itu akan membenarkan pihak berkuasa kebangsaan meneruskan tanggungjawab mereka sebagaimana ditetapkan perjanjian antarabangsa.

Menurut Karim, ICC berpandukan prinsip kesahihan dan kedaulatan undang-undang dan beliau meminta semua pihak memberi ruang kepada pejabatnya melakukan tugas.

Sementara itu, Maduro menegaskan kerajaannya akan mencari kebenaran dan keadilan antara Venezuela, institusinya dan pendakwa raya ICC.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini