Pusat Ekonomi dan Komuniti Bersepadu (iCON) iaitu projek pembangunan dilancarkan bagi memacu potensi kawasan kurang membangun di Kedah.
 
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata dua projek rintis iCON tersebut iaitu iCON Yan terletak di Gua Chempedak dan iCON Baling di Pekan Baling. Projek dikendali pihak berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara NCIA dengan kerjasama Kerajaan negeri.

Ia dijangka memanfaatkan 600 perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana. Projek juga bakal mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan baharu.
 
Kedua-dua tapak iCON ini akan memulakan kerja infrastruktur pada suku kedua tahun hadapan dan dibuka kepada orang ramai pada awal 2024. Muhammad Sanusi menyertai majlis pelancaran Icon Yan dan Baling secara maya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini