Kementerian Kewangan sedia menimbang permohonan peruntukan untuk menaiktaraf Kompleks Imigresen, Kuarantin, dan Keselamatan (ICQS) di Kota Laksamana, Melaka.

Ketika melawat ke lokasi itu, Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata terdapat beberapa kemudahan yang perlu ditambahbaik dan memerlukan peruntukan.

Bagaimanapun, permohonan peruntukan berkenaan perlu dibuat Jabatan Imigresen Melaka kepada Kementerian Dalam Negeri terlebih dahulu sebelum pihaknya meneliti keperluan meluluskan peruntukan terbabit.

Kira-kira 90 peratus pelancong luar hadir ke Melaka untuk mendapatkan rawatan sekali gus meningkatkan industri pelancongan kesihatan negeri itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini