Identiti kedua-dua mayat pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki Gunung Suku, Simpang Pulai pada 15 Mei lalu, sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan, penemuan anggota tubuh badan pada 16 Mei merupakan milik See Su Yen, 32 tahun.

Manakala mayat kedua yang ditemukan pada Sabtu lepas ialah Ng Yee Chew, 46 tahun.

Menurutnya, proses bedah siasat dijalankan hari ini di Hospital Raja Permaisuri Bainun, bagi mengenal pasti punca kematian kedua-dua mangsa berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini