Polis sudah mengenal pasti identiti pemandu Perodua Bezza yang melawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru, Johor, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, ia susulan rakaman video tular di media sosial mengenai kenderaan dipandu secara berbahaya dipercayai berlaku jam 11.45 malam.

Polis sudah mengarahkan pemandu berkenaan tampil memberi keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini